fasilitator

Nik Farah

Fasilitator kursus Kulliah Montessori ialah Nik Farah, pengasas Baytzuhr Montessori dan Teratak Montessori. Beliau mula mendalami kaedah Montessori sejak tahun 2013. Beliau memiliki Diploma (kategori 3-6 tahun) dan memperoleh sijil untuk kesemua kategori (0-18 tahun) dari Association of Montessori Internationalle (AMI). Sehingga kini, Nik telah mengadakan sesi perkongsian berkenaan prinsip Montessori dan tips amalan di rumah kepada lebih 400 buah keluarga di seluruh Malaysia.

Kuliah Montessori merupakan suatu projek inisiatif Baytzuhr Montessori untuk menyediakan kursus Montessori secara atas talian untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan asas pengetahuan Montessori dan aplikasi di rumah khususnya kepada kanak-kanak (0-6 tahun).